Thursday, December 5, 2013

Cakna.....GURU!



GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan/sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan (Scholte, 2000:16). Dalam konteks ini, globalisasi menuntut semua negara dan penduduk berada pada landasan yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama,status dan latar belakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang. Walaupun globalisasi membawa faedah kepada setiap negara, kesan globalisasi amat dirasai oleh negara-negara sedang membangun dan yang mundur kerana negara yang maju akan berkembang lebih pesat lagi manakala negara lain masih belum bersedia untuk bersaing secara adil dengan mereka. Lantaran itu, pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan atau impak yang terus dari era globalisasi kerana pendidikan berkaitan dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya. (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006).

         
         Impak globalisasi dalam pendidikan merangkumi penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan pendidikan negara terbuka kepada dunia luar, pertumbuhan cawangan universiti luar di daam negara kita, peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta, pentingnya pengajaran sains dan teknologi, pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai ledakan maklumat, perubahan peranan guru di dalam bilik darjah dan pembudayaan teknologi dalam pelaksnaan tugasan harian.

          Dari perspektif pendidikan, salah satu kesan positif globalisasi adalah wujudnya persaingan sihat dalam institusi pengajian pendidikan untuk meningkatkan mutu pendidikan selain menghasilkan reka cipta inovatif. Setiap institusi pendidikan negara tertentu berusaha menonjolkan diri dalam arena kebitaraan mereka dan hal ini secara langsung menyerlahkan mutu pendidikan negara.
        


  Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat telah  menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada sesiapa pun untuk berkecimpung dalam bidang pendidikan yang diminati. Peluang-peluang pendidikan yang terbuka luas menggalakkan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran melalui pendidikan jarak jauh atau berdaftar di institusi pengajian tinggi swasta. Pembelajaran sepanjang hayat berlaku tanpa mengira masa, tempat dan pelajar boleh mengikuti pendidikan secara akses kendiri mengikut kadar masing-masing dan terarah kendiri. 

          Kesan globalisasi yang kian terasa ialah aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari negara-negara luar ke negara kita. Komunikasi merentasi budaya telah membuka peluang kepada pelajar yang bakal berkecimpung dalam pasaran buruh antarabangsa. Akan tetapi, dengan peningkatan pelajar yang berkelayakan, kadar pengangguran juga akan meningkat.

          Tambahan pula, kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmt di mana-mana pelosok dunia. Aliran ini telah menyebabkan aliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara kerana negara maju memberikan kemudahan dan ganjara yang lebih lumayan.

          Perkongsian dan aliran sumber-sumber pendidikan serta penemuan-penemuan penyelidikan antara negara memberikan satu impak kepada pembangunan pendidikan di negara kita. Penemuan baharu berasaskan penyelidikan di merata dunia dapat menyumbang kepada peningkatan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam sistem pendidikan, sekali gus melonjakkan kecemerlangan dalam pendidikan negara.

          Pewujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk  menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan global. Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa.

Friday, October 18, 2013

Tinta Mahabbah......





KESALAHAN DALAM SOLAT :

 MELANTIK IMAM YANG TIDAK LAYAK


          Kita dapati kebanyakan orang muslimin memandang rendah pada orang yang masih muda, meskipun dia adalah orang yang paling pandai dalam membaca kitab Allah. Kemudian kamu melihat mereka lebih mengutamakan seorang lelaki dari pemimpin kaum atau orang yang paling tua umurnya, meskipun bacaan Al-Fatihahnya tidak baik. 

           Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa dalam menentukan siapakah orang yang patut dijadikan imam : 

يوم القوم أقرؤهم الكتاب الله  فان كانوافي القراءة سواء فأعلمهم بالسنة فان كانوا في السنة سواء فأقدمهم هجرة فان كانوا في الهجرة سواء فأقدمهم سنا

Maksudnya : " Yang dipilih menjadi imam bagi suatu kaum adalah otang yang paling pandai dalam membaca kitab Allah. Apabila kemampuan dalam bacaan mereka sama, maka yang dipilih adalah orang yang paling mengetahui sunnah, jika mereka sama pengetahuannya tentang sunnah, maka dipilih yang paling dahulu berhijrah. Jika dalam urusan berhijrah mereka sama, maka dipilih
yang paling tua umurnya."

         Hadis diatas menjelaskan bahawa tidak layak menjadi imam kecuali orang yang paling banyak menghafal Al-Quran dan mengetahui hukum-hukumnya. 

           Al-Lajnah Ad-Daimiah mengeluarkan fatwa  bahawa imam yang masih kecil dan berakal adalah sah berdasarkan sabda nabi s.a.w. , "Yang dipilih menjadi imam bagi suatu kaum adalah orang yang paling pandai dalam kitab Allah..."

            Perkara itu juga disokong oleh hadis dalam kitab Sahih Al-Bukhari dari Amru bin Salamah Al-Jarami, dia berkata , "Bapaku datang dari sisi Nabi s.a.w. , sambil berkata, 'Apabila kamu hendak solat, maka yang menjadi imam kamu semua adalah orang paling banyak menghafal Al-Quran.' Amru menambah, "Mereka lalu mencari dan mereka tidak mendapati seorang pun yang paling banyak hafalan Al-Qurannya melebihi hafalanku. Kemudian mereka menjadikan aku imam, sedangkan aku ketika itu masih berumur enam atau tujuh tahun."


SULUH ILMU....PQS A+

animasi  bergerak gif

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS PQS

Berikut disenaraikan teknik pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

  1.  Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2.  Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan.
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal.
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu.
  7. Susun fakta (jika perlu).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta, tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu.
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu berpuas hati.
  11. Ulang membaca fakta, jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulangkaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no.1 hingga no.12, sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

Kunci kejayaan..... dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.


Cara-caranya ialah : 

* Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.

* Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.

* Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.

* Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.

* Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.



Semoga Berjaya Semua!!!!